Pengenalan

Asas Penubuhan Pradakaps di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar bersama-sama dengan Alumni Perguruan Raja Melewar ini merupakan sambutan daripada titah yang pernah diutarakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, “Wujudkan Institusi Adat Perpatih” (Sinar Harian 16 Mei 2014).

Oleh sebab tiada sambutan dari mana-mana pihak, Duli Yang Maha Mulia Tuanku sekali lagi bertitah agar “Institusi pengajian dan persatuan disarankan kaji sejarah, adat-istiadat Melayu (Bernama, 04 April 2019)

“Beta amat menggalakkan kajian dan catatan dibuat berkaitan dengan adat-adat yang
diamalkan kerana rujukan mengenai adat-istiadat yang dihasilkan oleh anak-anak tempatan amat berkurangan. “Rujukan pada masa ini masih lagi bergantung kepada para penulis sejarah Inggeris seperti Richard Wilkinson, J.M. Gullick, M.B. Hooker dan lain-lain lagi,”

Sehubungan dengan itu, pada tahun 2020,  Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Raja Melewar bersama-sama barisan pensyarah berkepakaran bidang telah menyambut titah tuanku untuk memulakan gerak kerja Penubuhan Pusat Rujukan Peradaban dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (Pradakaps) berpandukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Pusat ini dedikasikan untuk mempelajari, melestarikan dan mempromosikan peradaban warisan adat budaya Melayu yang kaya, unik dan beragam. Pusat ini kelak bertindak sebagai titik temu (one stop centre) kepada para penyelidik, para pengamal, budayawan dan masyarakat umum yang tertarik untuk mengenali dan mendalami kekayaan adat istiadat Melayu serta keindahan Islam dalam konteks pembangunan masyarakat di Negeri Sembilan Darul Khusus merangkumi Adat Purbakala, Adat benar dan Adat Perpatih daripada sumber rujukan yang autentik (al-Quran dan al-Sunnah).

 

 

 

 

Kembali