LOGO PERWARIS

MAKSUD LOGO DAN WARNA
PERSATUAN WARISAN DAN ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN
( PERWARIS )


1.   KELOMPOK HURUF KHAT MEMBENTUK RUPA BAHTERA

Terdapat huruf khat jawi iaitu ‘ain’, ‘alif’, ‘dal’, dan ‘ta marbutoh’ adalah membawa perkataan ADAT manakala huruf jawi ‘fa’ yang melintang adalah membentuk seakan akan badan bahtera membawa perkataan PERPATIH. Semua huruf khat berkelompok lengkap ini adalah membawa kepada perkataan ADAT PERPATIH.

Manakala rupabentuk bahtera di atasnya terpadat khat ain’ yang dipanjangkan ekornya seolah-olah macam rupa pendayung, adalah simbolis kisah legendaris bahtera Datuk Perpatih Nan Sebatang menghadapi masalah untuk belayar. Akhirnya bahtera itu berjaya dilancarkan ke laut. Membawa mesej bagaimana punca harta tanah pusaka adat dianugerahi kepada kaum wanita dalam adat Perpatih.


2.   BUNGA PADI DUA TANGKAI

Bunga padi ini ada dua tangkai dan bertemu dipangkalnya, setiap tangkai itu ada 6 bunga padi menjadikan jumlah semua bunga padi sebanyak 12 kuntum. Angka 12 membawa maksud kepada ‘Suku Nan Duo Bolekh’ atau Suku Nan Dua Belas.


3.   PERKATAAN PERWARIS

Perkataan PERWARIS adalah akronim kepada nama PERSATUAN WARISAN DAN ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN.


4.   KUBAH MASJID

Bentuk kubah masjid yang merangkum semua motif dalam logo ini membawa maksud kepada amalan perbilangan adat Perpatih iaitu “Adat Bersendikan Syarak, Syarak Bersendikan Kitabullah”.


5.   WARNA YANG TIGA

Terdapat 3 warna digunakan sebagai paparan motif dan perkataan dalam logo ini iaitu kuning, merah dan hitam. Asasnya tiga warna ini diambil konsep dan maksud sama seperti dalam bendera Negeri Sembilan.


5.1   WARNA KUNING

Digunakan pada semua khat jawi yang membawa maksud kedaulatan dan kekuasaan Duli Yang Maha Mulia Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan.


5.2   WARNA MERAH

Digunakan pada Akronim perkataan PERWARIS yang membawa maksud keberanian ahli persatuan sebagai warga Negeri rakyat jelata dalam memperkasakan adat Perpatih.


5.3   WARNA HITAM

Digunakan sebagai seluruh latar belakang logo yang membawa maksud lambang kewujudan Datuk Datuk Luak beradat sebagai kesinambungan amalan warisan dan adat perpatih di Negeri Sembilan Darul Khusus.


Rekabentuk dan tafsiran oleh:
Hj Mohammad Hanafiah bin Maulud. PJK.