Objektif

 

  1. Mengangkat martabat IPGKRM sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi keguruan tersohor di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan penyelidikan, inovasi dan penerbitan berkaitan Adat Perpatih dalam kaedah dimensi baharu serta boleh diakses di seluruh dunia dengan terma-terma yang tertentu.

  2. Menyokong penyelidikan dan perkhidmatan serta pengukuhan kebitaraan yang bersifat multidisiplin dan rentas organisasi berkaitan adat Melayu.

  3. Penggemblengan sumber tenaga pakar yang terdapat di dalam mahu pun di luar negara berkaitan penyelidikan tentang adat Melayu.

  4. Memberi sumbangan yang berimpak tinggi kepada para pelajar sekolah, pelajar universiti, para pemimpin adat serta Kerajaan Negeri amnya melalui penghasilan dapatan penyelidikan berkaitan Adat Perpatih yang autentik dan diperakui oleh pakar.

  5. Membangunkan modal insan, kepimpinan dan khidmat bakti kepada masyarakat dan organisasi yang berkaitan Adat Perpatih secara berterusan.

  6. Mewujudkan sebuah prasarana untuk para penyelidik multidisiplin dan rentas jabatan ditempatkan secara bersama dalam usaha melahirkan sarjana Pradakaps.

 

Kembali